Muzikal Moyang Salleh adalah sebuah pementasan muzikal berdasarkan lagenda figura seorang pemimpin Melayu yang bernama Moyang Salleh dari daerah Jelebu, Negeri Sembilan yang mengisahkan tentang perjuangan, pengorbanan berlatarkan seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan.
Muzikal Moyang Salleh akan dipentaskan di Istana Budaya pada 26 – 31 Ogos 2022 menampilkan kelainan dari segi persembahan dan teknikal serta keunikan tersendiri apabila menggunakan sepenuhnya dialek atau loghat Negeri Sembilan sebagai bahasa pertuturan.
Menurut pengarahnya saudara Roslee Mansor, antara aspek kekaguman yang membuat penonton terpesona seperti Moyang Salleh boleh berjalan di atas air dan boleh berada di sesuatu tempat dalam sekelip mata. Hembusan nafas keluar dari lubang hidung Tok Laut Api menyambar langsir dan jendela istana, Tok Gagah Lela Perkasa menggesel badannya di tiang istana sehingga bergegar istana, Tok Beruang mencakar bumbung dan dinding istana sehingga menjadi lumat. Tok Bauk menggali tanah di depan istana dengan kedua dua tangannya sehingga berlubang sebesar kawah.
Muzikal ini menampilkan 16 buah lagu ciptaan baru yang pastinya menjadikan persembahan ini lebih menarik kerana mempunyai elemen muzik, tari dan lakon yang menampilkan para pelakon berwibawa seperti Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Moyang Salleh, Khir Rahman sebagai Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah, Hairi Safuan sebagai Bendahara, dan Along Eyzendy sebagai Si Amat. Selain itu muzikal ini menggandingkan Melissa Kelvin sebagai Seri Banun, Aloeng Silalahi sebagai Tok Penghulu Rembau, Naque Ariffin sebagai Tok Penghulu Sungai Ujong, Eliza Mustafa sebagai Moyang Timah, Mubarak Majid sebagai Dato Laksamana, Kamarul AR sebagai Penghulu Johol, Zuhairi Ibrahim sebagai Tok Laut Api, Nen Tebabo dari Radio Negeri FM sebagai Cik Kembang Dara dan ramai lagi. Durasi persembahan adalah selama 1 jam 45 minit sudah pasti akan membuatkan penonton tidak terasa waktunya dengan momentum persembahan yang penuh dengan aksi, cinta dan kasih sayang dan emosi.
Sebagai sebuah persembahan muzikal yang menggabungkan eleman muzik, tari dan lakonan sudah tentunya para pelakon wajib mempunyai kebolehan dan menguasai ketiga-tiga bidang tersebut iaitu lakonan, tarian dan nyanyian. Kesukaran kami adalah mendapatkan para pelakon yang bersesuaian dengan konsep persembahan, menurut Roslee. Skrip Muzikal ini ditulis oleh Subroto Hj Katimin yang pernah menghasilkan skrip telemovie dan fiem.
Menurut Puan Hajah Siti Salbiah Zahari selaku Penerbit Persembahan, teater ini diterbitkan oleh Persatuan Karyawan Negeri Sembilan dengan Kerjasama Yayasan Ahsan Undang Luak Jelebu dan Kementerian Pelancongan dan Kesenian Malaysia yang menampilkan 150 orang tenaga produksi termasuk para pelakon, penari, pemuzik dan tenaga pengurusan. Muzikal Moyang Salleh adalah persembahan teater yang julung-julung kalinya dipersembahkan di Istana Budaya sejak pendemik 3 tahun lalu.
Location
Istana Budaya, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
We use cookies on this site to enhance your browsing
experience and
improve our
website. By clicking 'Accept and Continue', you agree that discover.calendar2u.com can
store
all
cookies on your device.
Manage Your Cookie Preferences
Upon visiting any of our websites, it may store or retrieve
information on your
browser, primarily in the form of cookies. We share information regarding your site usage with our
social media, advertising and analytics partner, who may combine it with other information you have
provided or that they have collected from your use of their services. Please be advised that
blocking certain types of cookies may adversely affect your user experience and the service we are
able to provide.
By clicking ‘Allow All’, you agree discover.calendar2u.com
can store all cookies on your device.